Pakat-Pakat mari blako

Pakat-Pakat mari blako

Sabtu, 29 Mei 2010

Makanlah budu sblm terlambat!!!

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trg dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta
menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan
akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab Utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneum! oniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin
B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. so minumlah budu mcm minum air mineral........he he he hr

Wallahu a'lam...

DUA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Kiamat Tidak akan terjadi Kecuali...

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Kiamat tidak akan terjadi hingga ada dua kelompok besar yang saling bunuh-membunuh. Kedua kelompok tersebut akan menderita kerugian dan akan kehilangan korban yang amat besar, sedangkan tuntutan mereka sama.'' "

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Demi Zat yang jiwaku di Tangan-Nya, dunia ini tidak akan hancur hingga ada seseorang melewati kubur saudaranya dan dia tidak mahu beranjak pergi dari kubur itu lalu berkata: "Seandainya saja saya yang menempati kubur yang dihuni oleh pemiliknya ini," di mana hal itu bukan kerana hutangnya akan tetapi kerana bala dan fitnah."

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Kiamat itu tidak akan terjadi kecuali banyak terjadi Haraj" Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apa haraj itu?" Rasulullah SAW menjawab: "iaitu pembunuhan dan pembunuhan." "

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda: 'Demi Zat yang jiwaku di Tangan-Nya, dunia ini tidak akan binasa kecuali setelah manusia mengalami suatu masa di mana orang yang membunuh tidak mengerti apa sebabnya dia membunuh dan orang yang terbunuh juga tidak mengerti apa sebabnya dia dibunuh." Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Bagaimana hal itu boleh terjadi ya Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: "Itulah pembunuhan, di mana orang yang membunuh dan orang yang di bunuh akan masuk neraka" "

Dari Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Kiamat itu tidak akan terjadi kecuali apabila api telah keluar dari wilayah Hijaz yang menyinari leher-leher unta di Bushara."

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Kiamat itu tidak akan terjadi kecuali setelah pinggul kaum wanita suku Daus bergoyang-goyang di sekitar patung Dzul Khalashah." Dzul Khalashah adalah patung yang disembah oleh suku Daus di Tabalah (suatu tempat yang terletak di Yaman) pada masa jahiliah.

Dari Aisyah RA, dia berkata: "Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Malam dan siang tidak akan musnah kecuali setelah patung Latta dan Uzza disembah kembali." Saya bertanya: "Ya Rasulullah, pada mulanya saya menduga bahawasanya ketika Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan ayat yang berbunyi: "Dialah yang telah mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk {Al Qur'an} dan agama yang benar untuk dimenangkan Allah atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai" (Qs. At-Taubah (9): 33), semuanya telah sempurna. Rasulullah SAW bersabda: "Dari kesempurnaan itu, Islam yang selama ini diamalkan akan semakin surut sesuai dengan kehendak Allah. Setelah itu, Allah akan mengirim angin yang baik untuk menjemput nyawa setiap orang yang di dalam hatinya terdapat iman seberat biji sawi, hingga tinggallah orang-orang yang tidak memiliki kebaikan. Lalu mereka akan kembali kepada agama nenek moyang mereka." "

Dari Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bertanya: "Tahukah kalian bahawasanya Madinah ini mempunyai dua arah, darat dan laut?" Para sahabat menjawab: "Ya, kami telah tahu tentang hal itu, ya Rasulullah!" Lalu Rasulullah bersabda: "Kiamat tidak akan terjadi kecuali setelah Madinah diserbu oleh tujuh puluh ribu orang dari Bani Ishaq. Ketika mereka memasuki Madinah, maka mereka langsung mendudukinya. Mereka tidak menyerang dengan senjata ataupun panah. Mereka akan meneriakkan kalimat Laa ilaaha illallahu wallaahu akbar, maka jatuhlah kota Madinah dari salah satu arahnya {Tsaur berkata: "Yang saya ketahui, Rasulullah hanya bersabda: "Yang dari arah laut"}. Setelah itu, mereka pun mengucapkan Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar, maka jatuhlah kota Madinah dari arah yang lain. Kemudian mereka mengucapkan untuk yang ketiga kalinya Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar, maka terbukalah jalan masuk bagi mereka. Setelah itu, mereka pun memasuki kota Madinah dan memperoleh harta rampasan perang. Tak lama kemudian datanglah seseorang yang berkata: "Dajjal telah muncul." Lalu mereka meninggalkan segala apa yang mereka dapatkan dan kembali pulang." "

Dari Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi, kecuali setelah sungai Euphrat bermuara dari gunung emas. Di tempat tersebut, orang-orang saling membunuh, hingga setiap 100 orang ada 99 yang akan terbunuh. Selain itu, tiap-tiap orang berkata: "Mudah-mudahan saya termasuk orang yang akan selamat." "

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Tidak lama lagi sungai Euphrat akan bermuara dari sungai emas. Barang siapa ada di antara kamu yang mendatanginya, maka janganlah mengambilnya sedikitpun." "

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Menjelang kiamat kelak, kalian pasti akan memerangi orang-orang yang memakai terompah kain yang berbulu, wajah mereka bagai perisai besi yang ditempa, berwajah merah, dan bermata sipit." "

Dari Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Kiamat tidak akan terjadi, kecuali setelah seorang lelaki keluar dari Qahthan sambil menggiring manusia dengan tongkatnya."

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda: "Siang dan malam tidak akan musnah sebelum seseorang yang bernama Al-Jahjah menjadi penguasa"

Dari Anas RA, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Kiamat tidak akan terjadi, kecuali setelah kalimat Allah! Allah! tidak diucapkan lagi."

Dari Abdullah bin Mas'ud RA, dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda: "Kiamat itu tidak akan terjadi kecuali pada orang-orang yang jahat perangainya."

Dari Abu Hurairah RA, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda: "Kiamat tidak akan terjadi hingga muncul para dajjal pendusta yang berjumlah hampir 30 orang yang mana semuanya mengaku sebagai utusan Allah."

Dari Jabir bin Samurah RA, dia berkata: "Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya akan muncul para pendusta menjelang kiamat kelak" " Menurut riwayat yang lain dikatakan, Jabir berkata: "Rasulullah bersabda: "Oleh kerana itu, waspadalah kamu terhadap mereka"

Kesemua hadis ini adalah hadis riwayat Muslim dalam Kitab Fitnah.

Isnin, 3 Mei 2010

celaan buat mereka yang tidak mengendahkan akidah & syariah

Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik sabda Rasulullah s.a.w, “Apabila seseorang diletakkan di kuburnya, dan para pengantarnya telah kembali, sehingga ia mendengar suara langkah mereka, pada saat itu dua orang malaikat datang dan mendudukkannya. Keduanya lalu bertanya: “Bagaimana pendapatmu tentang laki-laki ini?” maksudnya: Muhammad s.a.w. Jika ia seorang mukmin, ia akan menjawab dengan tegas, “Aku bersaksi bahawa ia adalah hamba Allah dan rasul-Nya.” Kedua malaikat ini lalu berkata, “Lihatlah tempatmu di neraka. Allah telah menggantikannya dengan tempat di syurga.”

Adapun jika ia seorang munafik atau kafir, maka ketika malaikat itu bertanya: “Apa pendapatmu tentang laki-laki ini?” ia menjawab, “Aku tak tahu. Aku hanya mengikuti apa yang diucapkan manusia tentangnya.” Keduanya lalu membentak dengan kasar, “Engkau tak tahu dan tak membaca !” Ia lalu dipukul dengan godaman dari besi di (bahagian kepala) antara kedua telinganya. Dia memekik dan suaranya didengar semua makhluk selain jin dan manusia.”

Hadis ini berisi beberapa pengajaran penting yang mesti kita perhatikan untuk menyelamatkan diri kita dari azab kubur. Salah satunya kewajiban mempelajari agama, terutama yang berkaitan dengan akidah, sehingga mencapai keyakinan dan persaksian sepenuh hati (syahadah) atas kerasulan Muhammad Saw. Mengabaikan hal ini hanya akan mengundang hardikan Munkar dan Nakir, “Engkau tak tahu dan tak membaca!”

Beberapa ulama hadis, antaranya Imam Badruddin Al-‘Aini dalam Umdatul Qari fi Syarh Sahih Al-Bukhari, mentafsirkan ucapan itu dengan “engkau tidak pernah meyakininya dengan istidlal (pemikiran sendiri), tidak pula (meyakininya dengan) mengikuti penjelasan ulama melalui buku-buku mereka.” Sehingga secara bebas, kita boleh menterjemahkan ucapan ini, “Engkau tidak tahu dan tidak pernah ingin tahu.”

Singkatnya, ucapan ini sebuah celaan atas orang-orang yang tidak pernah mengindahkan akidah dan syariah sebagaimana perilaku sebahagian orang moden di masa kini. Bagi mereka, kulit wajah jauh lebih penting daripada agama. Jika satu jerawat saja tumbuh di hidung mereka, atau kerepot terlihat di bawah mata mereka, terasa dunia ini telah kiamat. Apa pun mereka akan dilakukan untuk menghilangkan jerawat dan kerepot itu. Namun ketika akidahnya tercabar, keimanannya dipersoalkan, ia masih dapat makan dan minum dengan nikmat seolah-olah tidak pernah terjadi apa-apa. La haula wala quwata illa billah.